PENGARUH rakan sebaya dan persekitaran dikenal pasti
sebagai antara faktor yang mempengaruhi sikap kaki buli dan masalah
disiplin di kalangan pelajar sekolah, demikian menurut seorang
kaunselor.
Seorang kaunselor di Kolej Poly-Tech Mara Kampus Cawangan Ipoh Rahmat Abdul Rahman mengakui kedua-dua perkara itu adalah antara punca yang menyumbang kepada gejala perbuatan buli.
Seorang kaunselor di Kolej Poly-Tech Mara Kampus Cawangan Ipoh Rahmat Abdul Rahman mengakui kedua-dua perkara itu adalah antara punca yang menyumbang kepada gejala perbuatan buli.
Merujuk dua rakaman klip video kes buli melibatkan sekumpulan pelajar
di dua buah sekolah, yang tersebar di laman media sosial baru-baru ini,
beliau berkata, kejadian seumpamanya mengundang kebimbangan banyak
pihak, terutamanya kalangan ibu bapa.
Rahmat berkata, jarang-jarang sekali perbuatan buli disebabkan oleh
asuhan ibu bapa dan bukan jua berpunca daripada sikap lahiriah mereka,
sebaliknya keadaan luar yang banyak mempengaruhi remaja.
"Contohnya, apabila mereka menonton rancangan televisyen yang ada aksi
ganas, gangsterisme... perlakuan buruk ini akan ditiru oleh remaja dan
mempraktikkan (apa yang ditonton itu) di sekolah kerana di rumah mereka
dipantau ibu bapa atau anggota keluarga lain," katanya.
Beliau berkata, golongan ini mudah terpedaya dan mempunyai keinginan
tinggi untuk mencuba sesuatu perkara baharu selain mengajak rakan sebaya
terlibat sama.
Faktor trend semasa turut menyebabkan golongan remaja ini mudah
terpengaruh ini dan terikut-ikut dalam penggunaan perkataan, perbuatan
dan cara kehidupan kelompok masyarakat yang kononnya terkini.
"Mereka (remaja) lebih suka menggunakan bahasa 'kutu rayau' ketika
bersama dengan rakan-rakan mereka. Mereka juga lazimnya akan mencari
'mangsa' untuk mempamerkan kehebatan masing-masing," katanya.
Ada pihak berpendapat tindakan ala samseng dan berani mengasari,
memukul serta membuli pelajar lemah, memperlihatkan masalah disiplin
pelajar berada di tahap membimbangkan.
Bekas guru disiplin di sebuah sekolah rendah di Tampin, Negeri
Sembilan, Ahmad Fadli Pardon berkata, tingkah laku pelajar yang
melakukan sesuatu kesalahan disiplin termasuk buli sukar diramal kerana
mereka dilihat mempunyai strategi tertentu.
"Biasanya pelajar yang suka membuat nakal ini 'bermuka-muka'. Apabila
berada di rumah, mereka akan berkelakuan baik di hadapan ibu bapa
mereka, tetapi di sekolah pelajar ini akan tunjuk berani dengan membuli
atau memukul pelajar junior.
"Mereka mungkin tidak diberi kebebasan ketika di rumah dan berasa
terkongkong, ini mungkin menyebabkan mereka bertindak mengikut hawa
nafsu," katanya.
Seorang ibu, Hazlinda Hamzah, 49, berkata kejadian buli sememangnya
berlaku namun pihak sekolah lazimnya tidak mendedahkannya kepada umum.
Hazlinda, yang mempunyai tiga anak masih bersekolah dan dua menuntut di
universiti, berkata jika kes buli berlaku melibatkan pelajar sekolah,
adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk mengawasi pelajar
mereka dan memaklumkan kepada ibu bapa penjaga.
"Lebih membimbangkan apabila pelajar senior bergaduh atau membuli
pelajar junior. Ini kerana kebanyakan pergaduhan melibatkan pelajar
lebih senior dengan junior.
"Dalam kes buli berlaku di asrama, rasanya ia lebih banyak berlaku di
asrama lelaki berbanding asrama perempuan," katanya, yang turut mengakui
pengaruh persekitaran seperti rakan sebaya menyumbang kepada perlakuan
buli."
Yang demikian, bagaimana hendak mengatasi masalah buli dan disiplin pelajar samseng? Tanggungjawab siapa?
Ahmad Fadli berpendapat walaupun terdapat kawalan dan rondaan yang dilakukan oleh guru di sekolah atau warden di asrama, segalanya berbalik kepada sikap, didikan awal yang diterima serta latar belakang individu.

Katanya pendidikan agama dan moral adalah panduan terbaik untuk
membentuk peribadi seseorang dan semua pihak perlu berganding bahu
menangani kes buli dan masalah disiplin pelajar.
Pensyarah kanan Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti
Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Dr
Fadlan Mohd Othman berkata Islam dan agama lain mengecam kezaliman yang
boleh memudaratkan masyarakat ini termasuk perbuatan membuli.
Beliau berkata remaja yang melakukan perbuatan membuli mempunyai kurang didikan agama dan moral serta mudah terpengaruh.
"Mereka (remaja) menganggap zaman persekolahan adalah waktu untuk
bersuka ria dan melakukan apa sahaja perkara yang difikirkan betul.
Remaja ini ingin merasakan diri mereka hebat, 'macho' dan mengikut hawa nafsu demi memenuhi kepuasan hati semata-mata," katanya.
Beliau berkata golongan remaja harus bijak memilih rakan yang menjalani kehidupan positif kerana ia akan membentuk sahsiah dan jati diri serta membina hubungan persahabatan yang sihat.
Rahmat berpendapat golongan remaja yang terlibat dengan perbuatan membuli boleh berubah, dan untuk merealisasikannya ibu bapa perlu memantau kegiatan anak-anak di luar rumah dan meluangkan masa bersama mereka.
"Ibu bapa harus tahu dengan siapa anak-anak mereka bergaul, berapa lama anak-anak mereka berada di sekolah dan hubungan baik antara ibu bapa dengan guru juga penting untuk membantu mengawasi anak-anak mereka," katanya.
Pegawai Penyiasat Jenayah di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau, Sabah, Inspektor Siti Fatimah Az Zahrah Sulaiman berkata tindakan remaja memuat naik rakaman klip video di laman media sosial seperti Facebook kini menjadi trend untuk mencari populariti.
"Mereka sebenarnya nak tunjuk hebat dengan orang sekeliling... jadi melalui kecanggihan teknologi, masing-masing berlumba-lumba mahu menjadi penyampai utama dalam media sosial," katanya.
Berterima kasih dengan kemudahan teknologi terkini, Siti Fatimah berkata tindakan 'bijak' mereka memuat naik video di laman sosial memberi jalan kepada Polis Diraja Malaysia untuk menjejaki dalang kes buli dan memudahkan siasatan serta tindakan selanjutnya.
Siti Fatimah berkata mangsa buli tidak perlu takut atau bimbang sekiranya mereka membuat laporan polis kerana tindakan diambil berdasarkan undang-undang. - Bernama