Telefon pintar jenis mampu milik keluaran Apple, iPhone 5C dilaporkan
akan ditamatkan pengeluarannya menjelang pertengahan tahun hadapan.
iPhone 5C dijual dengan lima variasi warna yang mempunyai ruang storan 8GB dan tidak didatangkan dengan sistem Touch ID.
Touch ID kini menjadi fokus penting dalam produk mudah alih Apple,
jadi mana-mana produk tanpa sistem tersebut dijangka mungkin akan
ditamatkan.
Mungkin salah satu sebab utama mengapa iPhone 5C ditamatkan
pengeluarannya juga, adalah ruang storan yang terlalu kecil, iaitu 8GB.
Tambahan pula, tiada cara untuk meningkatkan ruang storannya melainkan anda melanggan storan iCloud.
Kami rasakan, jika Apple mengaplikasikan ruangan slot kad Micro SD
bagi tambahan ruang storan, tentu pengguna akan beratur panjang untuk
membelinya, walaupun harganya RM1,499 dan tiada Touch ID.
Bagi sesetangah pengguna, ruang storan 8GB mungkin sudah
memadai untuk kegunaan harian, namun jika diambil kira gambar-gambar dan
pelbagai lagi aplikasi yang dimuat turun ke telefon pintar pada hari
ini, lama kelamaan ia pasti tidak cukup.
Sumber: GSMArena