Isham Rais Hasut Anak Muda Ikut Jejak Langkahnya Lari Ke Luar Negara

Seorang aktivis yang dikatakan mendokong fahaman sosialis, Hishamuddin Rais, menggesa supaya anak muda yang rasa "dizalimi" pihak kerajaan supaya keluar secara beramai-ramai dari negara ini.

Kata aktivis kesayangan Pakatan Rakyat itu, generasi muda di Malaysia sangat wajar mengikut jejak langkah Ali Abdul Jalil dan Alvin Tan yang melarikan diri ke luar negara, meskipun umum jelas tentang tindakan dua anak muda yang kurang ajar serta mencabar Islam dan kedaulatan Raja-Raja Melayu itu.

"Saya galakkan anak muda yang buat protes kalau lihat kerajaan zalim dan diburu polis, lari keluar negara beramai-ramai

"Kemudian buat kumpulan suaka politik di Eropah dan gegarkan dunia luar seperti anak muda di Iran, Turki dan Eropah supaya mereka lihat kezaliman di Malaysia," katanya aktivis yang turut dikenali sebagai "Isham Rais" itu.

Isham Rais menganggap blogger seks, Alvin Tan yang menghadapi pertuduhan mengikut Akta Hasutan kerana memuat naik status "berbuka puasa dengan Bah Kut Teh" serta Akta Penapisan Filem kerana memuat naik bahan lucah bersama bekas kekasihnya, Vivian Lee, itu sebagai "dizalimi" pihak kerajaan.

Selain itu, dia juga menganggap Ali yang menghadapi tiga tuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana menghina kerabat DiRaja Johor dan Sultan Selangor dalam media sosial Facebook itu juga "dizalimi" pihak berkuasa di Malaysia.

Isham Rais juga pernah lari dari Malaysia ketika diburu pihak berkuasa setelah terlibat mencetus kekacauan sekitar tahun 1970'an di atas tiket "mahasiswa" dan hidup dalam "buangan" selama 20 tahun di Eropah.

Dia juga pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah ISA iaitu pada tahun 1994 dan 2001 kerana menghasut rakyat dan mengajak mereka melakukan huru-hara di ibu negara.

Aktivis kesayangan Pakatan Rakyat yang sering dijemput menjadi panel program itu juga mengaku sering dipenjara di luar negara termasuk di Australia, India dan Rusia.

"Saya dah masuk banyak penjara, di Australia, di India dan pernah ditahan di Moscow.

"Di Malaysia, penjara Taiping, Kamunting, Dang Wangi, dan hampir seluruh penjara pantai barat sudah saya rasai, untuk saya bukan sesuatu yang menakutkan," katanya yang dipetik dari sumber yang sama.

Malangnya, Isham Rais masih belum "serik" dan tidak insaf walau telah menjalani hukuman atas onar yang dia lakukan.

"Sekali pun dipenjara saya hanya hilang kebebasan tetapi apakah saya berubah tentang kerajaan zalim? Tidak. Pandangan itu masih sama cuma kehidupan saya sahaja yang terkurung," ujarnya. -Amir Hamzah/UtaraNews.com