KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Progresif Rakyat (PPP) hari ini, menekankan
kepada rakan-rakan pemudanya (MCA, MIC) supaya tidak mencampuri urusan
agama lain bagi memastikan suasana aman di Malaysia terus kekal.
Ketua Pemudanya, Harridz Mohan berkata, mengambil contoh hukuman hudud, baginya perkara ini biarlah kerajaan yang memberikan sendiri tanggapan serta keputusan yang tepat kerana sekiranya ramai yang campur tangan, bimbang boleh mencetuskan situasi negatif.
"Apabila mendengar perkataan hudud maka terlintas di denak kepala kita potong tangan dan kepelbagaian lagi hukuman yang di luar jangkaan pemikiran kita.
"Saya ingin tekankan biarlah kerajaan yang buat keputusan...jadi dalam perkara ini (hudud) saya ingin mengingatkan MCA, MIC serta kesemua rakan-rakan dalam BN yang lain untuk tidak sesekali memberi komen negatif kerana ianya melibatkan isu agama," katanya ketika menyampaikan ucapan aluan pada Perhimpunan Agung Pemuda PPP, di Hotel Dnasty di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Harridz berkata sebagai rakan di bawah satu payung BN, komen negatif yang melibatkan isu agama perlulah diberhentikan segera.
"Parti dominan Umno belum ada sejarah meletakkan buah pemikiran mereka ke dalam mana-mana agama di Malaysia sekaligus memberi sebarang bentuk penterjemahan bagi agama lain selain daripada Islam.
"Oleh itu saya mengingatkan diri saya serta sahabat-sahabat lain daripada BN ayuh sama-sama berhenti memberi sebarang komen yang boleh menyentuh sensitiviti agama," katanya.
Isu hudud menjadi hangat apabila Kelantan menyuarakan hasrat untuk melaksanakan hukuman tersebut di negeri itu.
Rentetan daripada itu, pelbagai komen telah dikeluarkan sehinggakan ada yang melangkaui komen yang sewajarnya mengenai hukuman itu.

Sumber: Sinar Harian