Kedengaran amat pelik namun ia memang berlaku di Pulau Christmas yang terletak di Australia.
Lebih 120 juta ketam yang mendiami pulau ini, memenuhi jalanraya pada setiap tahun antara bulan Oktober dan November.
Hal ini disebabkan, waktu tersebut adalah tempoh musim mengawan bagi
ketam-ketam di Pulau Christmas jadi ia berhijrah dari pulau ke laut
untuk bertelur.
Oleh kerana kehadiran ketam yang banyak pada tempoh penghijrahan
tersebut, pihak berkuasa terpaksa mengarahkan jalanraya di pulau
tersebut ditutup agar ketam-ketam tersebut tidak dilanggar kenderaan
ketika ‘melintas’.
Ketam-ketam berwarna merah ini tinggal di habitat kawasan lembab
hutan hujan dan akan berhijrah untuk mengawan dan bertelur di perairan
pulau tersebut.
Kebiasaannya, ketam merah ini mengambil masa 4 minggu untuk bertelur,sebelum pulang kembali ke habitat asalnya.
Cuba anda tengok…memang banyaklah ketam-ketam di pulau ini!
Lebih mengujakan, pulau ini mempunyai keunikan tersendiri kerana
majoriti penduduk asal pulau tersebut berbangsa Melayu Cocos dan
beragama islam. Penduduk di sana juga bercakap dalam bahasa melayu tau!
Apa lagi, mungkin Pulau Christmas ini boleh dijadikan destinasi pelancongan anda akan datang!
Sumber: Mynewshub.cc