KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Parlimen UMNO meminta sebuah syarikat yang hanya baru berusia tiga bulan yang mahu menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) "menunjukkan terlebih dahulu wang mereka dan siapa penyokong kewangan mereka" sebelum cadangan tersebut boleh diambil kira dengan serius.
Datuk Johari Abdul Ghani, Ahli Parlimen Titiwangsa, yang meragui cadangan dibuat oleh Jentayu Danaraksa itu, juga membangkitkan persoalan lain tentang status tidak lengkap pelan Jentayu yang diketahui setakat ini yang nampaknya tidak jelas dengan pelan 12 perkara yang diumumkan Khazanah Nasional untuk menyusun semula dan memulihkan MAS.
"Anda nak dapatkan duit itu dari mana? Tunjukkan wang anda. Jika anda kata anda ada penyokong, siapa penyokong anda," katanya kepada Bernama.
Johari berkata beliau menentang cadangan Jentayu itu yang mengemukakan cadangan kepada Perdana Menteri untuk memanfaatkan perniagaan pajakan pesawat dan mengambil alih perniagaan penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) MAS yang mengaut keuntungan serta syarikat sekutunya, Firefly.
Pengarah Urusan Jentayu Feriz Omar berkata cadangan itu adalah untuk melengkapkan pelan Khazanah dan syarikat itu bersedia melabur "lebih banyak" daripada peruntukan RM6 bilion oleh Khazanah, yang memiliki MAS.
"Sekiranya MAS boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang boleh menyediakan kertas kerja, saya bimbang masalah yang dihadapi MAS semasa ia diswastakan kepada seorang tokoh korporat akan berulang. Kita tidak akan mengulangi kesilapan yang sama," katanya yang menyebut tentang kegagalan penswastaan pada 1994.
Johari, yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata adalah satu tindakan yang salah bagi sesiapa sahaja untuk hanya memilih unit MAS yang meraih keuntungan kerana mengendalikan syarikat penerbangan itu merupakan satu portfolio kendiri.
Keunikan MAS adalah ia memiliki segalanya dan pengurusannya perlu melihat keadaan secara keseluruhan, dan "usahawan yang tiba-tiba sahaja muncul" tidak boleh semudah itu memilih hanya yang menguntungkan dan tidak mengambil kira komponen lain.
"Ini tidak boleh dilakukan. Anda boleh dapatkan kemudahan dengan syarat anda ada banyak pilihan. Tetapi sekiranya tiada pilihan, anda tidak melakukannya dan anda harus mengekalkannya," kata Johari, yang juga seorang tokoh korporat terkenal.
Beliau berkata sebuah syarikat penerbangan seperti MAS harus mengekalkan unit MRO kerana ia penting bagi latihan dan latihan semula untuk meningkatkan kemahiran pekerja, sambil menambah MAS tidak boleh melupuskan MRO kerana ia adalah sebuah organisasi pemangkin.
Menjelas lebih lanjut mengenai pelan Jentayu, beliau berkata: "Sesiapa sahaja boleh kemukakan tawaran. MAS harus menulis surat kepada mereka dan menanyakan siapa penyokong kewangan anda dan bagaimana anda mendapatkan wang anda, apa pelan dan konsep perniagaan anda dan bagaimana anda menangani kejatuhan saham pasaran.
"Cadangan ini nampak baik di atas kertas tetapi saya tidak melihat sesiapa di antara mereka yang boleh dipercayai untuk mengumpulkan wang sebanyak itu.
"Apabila saya baca laporan akhbar mereka mahu mendapatkan wang daripada orang asing, kita tidak akan serahkan syarikat penerbangan ini kepada orang asing. Matlamatnya adalah untuk mengekalkannya dalam Malaysia dan sebuah syarikat yang dikuasai orang Malaysia."
Johari berkata ramai orang asing yang memiliki wang yang banyak dan malahan boleh melabur RM6 bilion, yang bersamaan dengan hanya US$2 bilion.
Prasarana yang telah dikumpul MAS selama ini bernilai lebih besar daripada itu, dan kerajaan telahpun menyuntik RM17 bilion ke dalam syarikat penerbangan itu, katanya.
Khazanah menerima kelulusan pemegang saham minoriti untuk menswastakan MAS dan ini akan menggerakkan pelannya yang diumumkan pada 29 Ogos untuk memulihkan syarikat penerbangan itu.
Mengikut pelan itu, Khanazah akan menyuntik RM6 bilion ke dalam MAS dan menswastakannya, menghentikan 6,000 pekerja, mengurangkan saiz syarikat, merundingkan semula kontrak dan menubuhkan syarikat baharu untuk mengambil alih operasi pada 1 Julai tahun depan. -BERNAMA