Nama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sememangnya hangat diperkata dan semakin viral di kalangan pengguna laman sosial dan media sejak kebelakangan ini.
Cerita terbaru mengenai penguatkuasa itu, seorang anggota polis trafik dikatakan telah disaman
seorang anggota JPJ gara-gara meletak motosikalnya di kawasan
larangan dalam petak kuning ketika menjalankan tugas.
Mungkin "bengang habis" dengan saman tersebut, anggota trafik itu
dikatakan pulang ke balai polisnya dan membuat laporan mengenai tindakan anggota JPJ yang disifat
mengganggu tugasnya sebagai anggota trafik.
Cerita ini tersebar selepas seorang anggota polis telah memuat naik status mengenai kejadian ini di laman sosial Facebooknya, baru-baru ini.
"Ini lagi interesting, jangan main-main dengan JPJ ni, mereka
memang strict betul.. anggota trafik yang membuat kawalan trafik ‘point
duty’ meletakkan motosikalnya di petak kuning.
"Semasa sedang mengawal lalulintas, penguatkuasa JPJ telah
mengenakan saman kepadanya kerana meletakkan motosikal di tempat
larangan, anggota polis trafik balik ke balai buat laporan JPJ
menghalang penjawat awam menjalankan tugas rasmi.
"KBSJD arah tangkap, apa nak jadi ni? Strick betul ye
(Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ) Dato Yusoff Ayob , macam tak
harmoni," kata anggota polis tersebut.
KedahNews.com tidak pasti sama ada cerita ini benar-benar berlaku atau tidak memandangkan macam-macam cerita dan spekulasi dari laman-laman sosial yang tersebar sebelum ini diragui ketepatannya.
Namun sekiranya perkara berkenaan benar berlaku, maka kami mengharapkan agar pihak berkaitan duduk semeja bagi menyelesaikan pertindihan atau permasalah yang timbul.
Pada pandangan kami, kedua-dua organisasi berkenaan bertugas untuk menguatkuasakan
undang-undang ini tidak jadi ‘bahan lawak’ di kalangan masyarakat membabitkan insiden sebegini.
Apa yang penting, undang-undang tetap undang-undang dan menjadi satu kesalahan sekiranya ada pihak yang mencabul kedaulatan undang-undang yang patut dipatuhi.
Kalau penguatkuasa sendiri pun tidak patuh pada undang-undang, bagaimana mahu menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat umum? Tak gitu? -KedahNews.com