Kamera Iphone 6 Pula Bermasalah?


Sebelum ini masalah badan iPhone 6 yang mudah melengkung jadi bualan dunia teknologi.

Penyelesaian yang dilakukan cuma menggalakkan pengguna tidak meletakkannya di dalam poket terutama sehelai skinny jeans.

Hari ini, satu lagi masalah diuar-uarkan menghantui sebilangan pemilik phablet mahal ini.
Masalah tersebut adalah video yang diambil kelihatan berombak dan gagal melakukan pemfokusan.

Masalah dikatakan berlaku pada sistem penstabilan imej optikal (OIS) bila kanta gagal berfungsi dengan baik.

Beberapa pengguna juga melaporkan mendengar bunyi aneh dari lensa kamera apabila digunakan dan gambar yang dihasilkan menjadi kabur.


Berita baik di sini adalah (seperti biasa) pihak Apple akan membaiki masalah peranti anda secara percuma selagi ia masih dalam tempoh jaminan.

Semestinya, masalah-masalah yang menimpa iPhone 6 Plus membuatkan pemiliknya risau.

Memandangkan ia adalah peranti phablet termahal di pasaran sekarang maka masalah sebegini sepatutnya tidak wujud bagi produk yang menjanjikan “kualiti premium”.

Sumber: APPLE