Dalam ucapannya di perhimpunan agung Umno hari ini,
Perdana Menteri menyatakan akan mengekalkan Akta Hasutan dan
memperkukuhkannya dalam sekurang-kurangnya dua perkara, iaitu:
(i) Memasukkan peruntukan khas untuk melindungi kesucian agama Islam dan agama lain juga tidak boleh dihina;
(ii) Memasukkan supaya tindakan boleh diambil terhadap mereka yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.
Saya menyokong keputusan Perdana Menteri tersebut kerana tiga sebab. Pertama, sebagai sebuah negara yang masyarakatnya majmuk, kita perlukan undang-undang pencegahan untuk mengurus keharmonian negara. Kedua, untuk mengurus ancaman separatis yang mahu memisahkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. Dan ketiga, untuk mengurus ancaman ekstremis agama dan perkauman yang boleh mengancam ketenteraman dan keselamatan negara.
Tetapi, sokongan saya adalah dengan catatan berikut. Pertama, definisi ‘hasutan’ perlu lebih jelas supaya orang yang kita tahan dan dakwa adalah betul-betul mereka yang melakukan kesalahan menghasut. Ingatlah, kritikan dan teguran itu bukanlah perbuatan menghasut.
Kedua, jangan jadikan Akta ini sebagai alat kawalan kerajaan untuk mendiamkan perbezaan pandangan.
Ketiga, jangan adanya pendakwaan terpilih. Akta ini perlulah dilaksanakan dengan adil dan saksama tanpa menyekat hak politik rakyat untuk berpartipsasi dalam politik. Perlu dinyatakan, dari tahun 2008 hingga 2014 sahaja sebanyak 274 kes yang didakwa di bawah Akta ini yang tidak hanya tertumpu kepada kesalahan menghasut, tetapi juga kepada ahli-ahli politik dan juga ahli akademik.
Di akhir analisis, dilihat dari pelbagai perspektif, akta ini ada baik buruknya, tetapi sebagai sebuah negara yang sentiasa panas dengan ancaman yang boleh mengganggu keselamatan negara, saya memilih untuk menyokong akta ini dikekalkan dan diperkukuhkan dengan catatan tiga perkara yang saya nyatakan perlu diberi perhatian.
Terima kasih PM.
Mohammad Agus Yusoff