KUALA LUMPUR - Kementerian
Pendidikan sedang menyiasat dakwaan seorang kanak-kanak perempuan
beragama Kristian yang dipaksa memakai tudung dan menyertai solat di
Negeri Sembilan.
Timbalan Menterinya, P. Kamalanathan berkata, kementerian tidak
pernah memaksa mana-mana murid untuk mengambil mata pelajaran Pendidikan
Islam.
"Kita mengambil perhatian terhadap perkara ini dan menyiasat insiden yang berlaku pada 15 November lepas.
"Saya akan siasat perkara ini dan memaklumkan mengenai keputusan kes
itu kepada anda secepat mungkin," katanya kepada Gooi Hsiao-Leung
(PKR-Alor Star) semasa sesi soal jawab dalam persidangan Dewan Rakyat di
Parlimen di sini, Khamis.
Gooi berkata, murid sekolah rendah berusia 12 tahun itu didakwa dipaksa memakai tudung dan menyertai solat. -mStar