Kenapa Islam Haramkan Makan Daging Babi? Ini Hikmahnya...

Kalau disebut "babi", memang umat Islam di Malaysia akan cuba mengelak darinya. Bukan saja mengelak, malah kalau boleh mereka memang tidak mahu langsung menyentuh, apatah lagi makan daging babi, bukan?

Peliknya, mereka tidak sanggup makan babi, tapi ada pula yang sanggup tonggang arak siang malam, kan?

Rata-rata masyarakat sememangnya sedia maklum bahawa penganut Islam dilarang menikmati apa-apa pun bahan yang bersumberkan babi, termasuk daging dan organ dalaman.

Melalui petikan kitab Al-Quran dalam Surah Al-An’am ayat 145,
Katakanlah: Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi, kerana sesungguhnya semua itu kotor, atau binatang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Rabbmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Namun, mungkin tak ramai yang mengetahui sebab mengapa Islam melarang umatnya daripada menikmati daging haiwan tersebut, kan?

Kebanyakan kajian yang dijalankan saintis luar negara bersetuju dengan pengharaman tersebut kerana daging babi bukanlah pilihan bijak bagi manusia kerana ia membawa 1001 macam penyakit.

Sebagai permulaan, pembaca harus tahu bahawa babi merupakan haiwan yang memakan hampir apa sahaja yang terhidang di depan matanya, termasuk bahan busuk, najis, urin (air kencing), bangkai dan bermacam benda jijik lain.

pig_in_mud-apha-120710

Walau bagaimanapun, sistem pencernaan babi tidak mampu menyahkan toksin terkumpul dalam tubuh haiwan itu kerana babi akan menghadam apa yang dimakannya dalam tempoh empat jam.

Durasi tersebut tidak cukup untuk membuang toksin berlebihan hasil makanan yang ditelannya, lantas sel-sel lemak dan organnya akan menyimpan bahan tersebut.

Lagi teruk, sistem badan babi tidak mempunyai kelenjar peluh untuk mengeluarkan lebihan toksik melalui liang roma. Ini menunjukkan daging babi lebih bertoksik dari haiwan-haiwan lain!

Jadi, cuba fikir toksik yang terkumpul dalam daging haiwan tersebut, dimakan pula oleh manusia?

Melalui satu laporan dikeluarkan organisasi Consumer Reports, 69 peratus (daripada 200 sampel) daging babi mentah yang diuji menunjukkan ia dicemari pelbagai bakteria berbahaya digelar Yersinia Enteroclitica. Bakteria ini boleh mengakibatkan demam, penyakit usus, cirit-birit, muntah dan kekejangan.

Selain itu, daging babi yang dikisar merupakan bahan yang lebih tercemar daripada daging babi potong. Ia juga diuji tercemar dengan bahan lain seperti dadah Ractopamine yang diharamkan di China dan Eropah.

Sebenarnya, kebanyakan bakteria yang ditemui dalam babi tahan kepada pelbagai jenis antibiotik yang diberikan kepada haiwan itu. Ia menyebabkan daging haiwan itu sukar untuk dirawat.

Seterusnya, babi juga membawa pelbagai jenis virus, parasit dan organisma lain seperti Taenia Solium (parasit dalam sistem intestin yang mengakibatkan hilang selera), virus Menangle (virus demam, sakit kepala), Trichinella (cacing yang mengakibatkan Edema) dan Hepatitis E (letih, lemah dan demam kuning).

Ada juga bakteria yang mampu menyebabkan fibrosis hati dan sirosis.

10257137_10154871826710422_3321434341123429255_o

Di kebanyakan negara termasuk Amerika Syarikat, atas permintaan tinggi pengguna, babi diternak tanpa terdedah kepada rumput mahu pun persekitaran luas.

Haiwan-haiwan tersebut tidur berlantaikan najis dan muntah sendiri dan ia menyebabkan 1/4 daripada ternakan menghidap kurap.

Akibat menghidu gas toksik yang terhasil daripada bahan tercerna tersebut, hampir 80 peratus babi yand diternak di Amerika menghidap pneumonia (radang paru-paru).

Babi tersebut juga diberi pelbagai makanan tambahan termasuk variasi dadah bagi mempercepatkan tumbesaran dan saiz. Bayangkan, kandungan-kandungan tersebut yang terdapat dalam daging haiwan itu.

Kalau secara zahirnya pun babi memang kelihatan jijik, ketahuilah bahawa dalaman haiwan itu lebih kotor kerana mengandungi bermacam-macam organisma berbahaya!

Ya, sesungguhnya larangan Allah S.W.T terhadap daging babi mempunyai sebab musabab yang konkrit bagi mengelakkan hambaNya yang beriman dari ditimpa musibah.