Tidak dinafikan bahawa cadangan sebuah syarikat perunding swasta yang
baharu ditubuhkan sekitar dua bulan lalu telah mengejutkan rakyat
Malaysia apabila mendakwa mereka mampu menyelamatkan MAS sekaligus
menyelamatkan 6,000 pekerja syarikat penerbangan itu baru-baru ini.
Mungkin tidak tahan dihentam kiri dan kanan, Pengarah Urusan syarikat itu, Feriz Omar telah memuat naik 5 gambar yang memaparkan kertas cadangan "strategik" syarikatnya itu dan selamba mendakwa ia adalah 5 muka surat awal dari kertas cadangan setebal "200 muka surat".
Kemudian, Jentayu Danaraksa Sdn Bhd yang diragui kreadibilitinya itu tampil mengadakan satu sidang akhbar secara "tertutup" baru-baru ini, kononnya bertujuan untuk menjelaskan "keikhlasan" mereka.

Merujuk pada kenyataan Feriz di Facebooknya, ramai pihak yang tampil
mencabar Pengarah Urusan Jentayu itu supaya mendedahkan baki 195 muka
surat kertas cadangan yang dimaksudkan sebelum itu di sidang akhbar
berkenaan.
Maklumlah, pelan yang digembar-gemburkan sebagai "terbaik", "cemerlang", "terbilang" itu sudah tentulah dijangka setebal buku novel cinta memandangkan ia perlu lengkap, padat dan berisi idea-idea yang "maha-bernas", bukan? Apatah lagi ia membabitkan MAS, sebuah syarikat penerbangan kebanggaan negara.
Peliknya disidang akhbar itu, Jentayu hanya mengulang kembali kenyataan akhbarnya sebelum ini dan asyik menyebut mahu mengambil alih aset milik MAS yang menguntungkan, selain mempromosi kertas cadangan mereka yang kononnya "ampuh".

Paling aneh, tidak nampak langsung kelibat kertas cadangan pelan
"strategik" setebal "200 muka surat" yang dikatakan Feriz di laman
Facebooknya.
Lebih mengejutkan lagi, kenyataan Feriz di Facebooknya berhubung kertas cadangan "strategik" yang mengandungi "200 muka surat" itu turut "lesap"! Mana pergi kenyataan tersebut? Lesap seperti kes "kepala lembu"? Mujurlah sempat "print screen" kenyataan Feriz itu, bukan?
Persoalan baharu mula timbul. Apakah Pengarah Urusan Jentayu Danaraksa itu menipu?
Mulanya dia mendakwa mempunyai kertas cadangan 200 muka surat di Facebook. Kemudian, bukan saja dia gagal membuktikan kertas cadangannya setebal itu, malah kenyataannya di Facebook pun tiba-tiba "ghaib"!
Penulis enggan melabelkan Feriz sebagai "conman" sebagaimana yang didakwa beberapa pihak di laman sosial sebelum ini. Namun melihat apa yang dilakukannya berkenaan isu "200 muka surat" itu, jelas imej Feriz sangat meragukan di mata penulis.
Kalau perkara sekecil "200 muka surat" pun boleh dibuat seperti "biskut chipsmore", apatah lagi MAS dan kepentingan yang nilainya berbilion ringgit! Paling penting, perlu ditekankan bahawa syarikat yang membawa maruah negara ke serata dunia itu bukan sekeping "biskut"!
Nampaknya Feriz perlu memberi penjelasan yang bernas dan masuk dek akal atas insiden "200 muka surat" itu kepada umum. Harap dia tidak menuding jari pada David Copperfield atau Raja Bomoh kononnya mereka penyebab kenyataan itu "ghaib" di Facebooknya.
Kalau benar ikhlas, jelaskan hal sebenar. Kalau menipu, tidak salah kalau mengaku dan memohon maaf. Lagipun, senang sikit kita nak cerita tentang kreadibiliti Jentayu Danaraksa dan kertas cadangan yang kononnya "hebat" sangat itu, bukan? -UtaraNews.com