Sejak kebelakangan ini, kes buli melibatkan pelajar berasrama kembali
hangat diperkatakan selepas penyebaran dua klip video yang dipercayai
melibatkan pelajar sekolah berasrama membuli rakan pelajar yang lain.
Seperti biasa, isu ini mendapat liputan yang meluas terutama di
kalangan ibu bapa yang bimbang dengan keselamatan anak mereka di sekolah
termasuk juga selebriti yang kini sudah berhijrah ke Australia, Wardina
Safiyyah.
Walaupun jauh berkelana sehingga ke negeri Kangaroo, namun Wardina
masih lagi mengambil tahu perkembangan isu semasa di tanah air dengan
memberikan komennya, di mana selebriti manis bertudung ini
mempersalahkan sesetengah pembikin filem bercorak keganasan dan gangster
sebagai penyebab utama terjadinya gejala sosial di kalangan remaja dan
pelajar sekolah.
Ini merupakan serba sedikit komen Wardina berhubung isu tersebut...
Memang ada benarnya kata Wardina ni, tapi kita pun tak boleh menyalahkan 100 peratus kepada pembikin filem bercorak gangsterism.
Kalau tiada permintaan, mereka pun tidak akan menerbitkannya.
Daripada sibuk ‘berbalah’ mengenai siapa punca permasalahan ini
berlaku, lebih baik kita mencari jalan penyelesaian agar perkara ini
tidak lagi berulang di masa akan datang. -Mynewshub.cc