Belum pun reda desas-desus cerita yang mengatakan motorsikal seorang anggota polis trafik yang sedang bertugas disaman anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), muncul pula cerita baharu yang semakin viral di laman sosial.
Terbaharu, tersebar meluas beberapa keping gambar yang memaparkan tentang maklumat kenderaan seorang Ketua Pengarah JPJ yang mempunyai saman trafik tertunggak sehingga mencecah RM1,350 baru-baru ini.
Khabarnya, kenderaan Ketua Pengarah JPJ berkenaan bernombor pendaftaran "JPJ 11".
Difahamkan bahawa isu enam saman tertunggak tersebut mencetus ketidakpuasan hati di kalangan ramai pengguna laman sosial yang mengkritik Ketua Pengarah JPJ itu sebagai "tidak makan saman".
Bagaimanapun, masih tiada sebarang kenyataan rasmi dari pihak JPJ bagi menafikan dakwaan yang dibuat menerusi laman media sosial itu sehingga kini.
Harap-harapnya, desas-desus tersebut tidak benar sama sekali memandangkan ia mampu menjejas kreadibiliti jabatan kerajaan tersebut, khususnya golongan penjawat awam di bidang penguatkuasaan undang-undang seperti JPJ.
Berikut adalah paparan yang tersebar seperti yang dimaksudkan. -KedahNews.com