ALOR SETAR - Jemaah dan anak qariah dipelawa untuk membuat aduan sekiranya mereka mendapati khatib membaca
khutbah Jumaat tidak mengikut teks yang disediakan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK).
Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia, Pelancongan, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, aduan tersebut boleh dibuat secara terus kepadanya, Pengarah JAIK, pegawai Jabatan Agama Islam atau kadi di kawasan mereka.
Menurutnya, pihak kerajaan negeri melalui JAIK sering melakukan pemantauan berhubung teks khutbah Jumaat akan dilakukan secara berterusan bagi mengelak penyalahgunaan penyampaian kandungan yang mampu mengundang ketidakpuasan hati dan pepecahan di kalangan umat Islam.
“Setakat ini, laporan mengenainya berkurangan kerana kita sudah panggil pihak penyelarasan masjid untuk memberi nasihat supaya mematuhi arahan Jaik,” kata Ahli Dewan Undangan Ayer Hangat ketika sesi penggulungan Bajet 2015, sidang Dun Kedah, di sini, lewat petang semalam.
Mohd Rawi juga mengatakan bahawa masalah sosial di kawasan kampung atau qariah juga dapat dikurangkan sekiranya institusi masjid di setiap pelosok negeri dapat memainkan peranan masing-masing.

“Jawatankuasa masjid perlu dilengkapkan dengan biro wanita dan dakwah untuk memantau keperluan masyarakat setempat khususnya ibu tunggal, anak yatim dan sebagainya," ujarnya.