Pada Jumaat lepas, kisah mengenai sebuah masjid di Cold Lake, Kanada dikejutkan dengan kejadian vandalism yang menimpa ke atas masjid tersebut.
Dinding masjid tersebut telah diconteng cacian “go home” dan beberapa
cermin tingkap sengaja dipecahkan, perkara tersebut benar-benar
mengejutkan Lembaga Komuniti Masjid, Mahmoid El-Kadri apabila beliau dan
anaknya tiba di perkarangan masjid pada pagi itu.
“We were born here and raised here and this is our home.”
“Kami dilahirkan dan dibesarkan di sini, inilah rumah kami,” kata anak beliau yang turut sama hadir pada pagi tersebut.
Selama 4 tahun Masjid Cold Lake tidak pernah disentuh oleh mana-mana sentimen perkauman.
Komuniti di sini sangat menghormati apa sahaja pegangan agama yang dianuti oleh masyarakat setempat.
Isu ini sama-sama ditangani apabila tindakan positif komuniti
masyarakat di Cold Lake telah bersama-sama melibatkan diri dengan pihak
pengurusan masjid bergotong-royong mengembalikan masjid ke keadaan asal.
Tindakan positif komuniti masyarakat di Cold Lake bagi kami sangat mengkagumkan.
Semua perkara mampu diselesaikan jika semua pihak yang terlibat melihat dengan satu sudut pandang yang sama.
Tahniah masyarakat Cold Lake, Kanada, kalian memang terbaik!
Sumber: Mynewshub.cc