Ini merupakan kisah benar yang telah terjadi kepada seseseorang dan
tujuan artikel adalah tidak lebih daripada memberi pengajaran.
Kisahnya begini…
Seorang supervisor yang telah berkhidmat lebih 30 tahun di sebuah syarikat pemaju hartanah ingin bersara lalu mengemukakan surat permohonan kepada majikannya.
Pengarah syarikatnya bersetuju tetapi dengan syarat, supervisor tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi projek sebuah rumah.
Supervisor dengan berat hati bersetuju, lalu kerana tidak sabar untuk bersara cepat maka projek rumah tersebut dibuatnya dengan pantas tanpa dijaga kualitinya.
Setelah siap rumah tersebut, alangkah terkejutnya si supervisor tersebut apabila dimaklumkan, rumah itu sebenarnya adalah hadiah majikan kepadanya.
Lalu amat menyesallah hati supervisor tersebut kerana tidak dibuatnya rumah tersebut dengan sebaik mungkin..
Sebenarnya, inilah yang terjadi kepada setiap kita.
Kita sekarang sedang ‘design’ dan membangunkan tempat tinggal kita di akhirat kelak.
Kita beribadah untuk Allah tapi kelebihannya adalah untuk diri kita sendiri.
Jika kita ‘design’ dengan sambil lewa, maka tak sempurnalah jadinya.
Tapi jika kita membangunkannya dengan baik, akan berbaloilah hasilnya.
Sumber: Mynewshub.cc