Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sekali lagi mencetus havoc di laman sosial, kali ini bab pemakaian ketika bertugas di pejabatnya di Kementerian Belia dan Sukan.
13 November lepas, penampilannya ketika menerima kunjungan Menteri
Pemuda dan Olahraga Indonesia Imam Nahrawi, begitu mencuri perhatian.
Meskipun mengenakan baju batik pada hari itu, KJ kelihatan tidak kekok menggayakannya bersama but Doc Martens berwarna merah.
“Bapak Imam dan saya sempat bertukar pendapat tentang hubungan dua
hala dan kerjasama jiran serumpun kita dalam bidang sukan dan
pembangunan belia.
“InsyaAllah perjumpaan tadi adalah permulaan kepada persahabatan
kukuh yang mampu melakar hubungan lebih erat di kalangan generasi muda
Malaysia dan Indonesia,” kata KJ di laman Facebook, merujuk pada gambar
dirinya dan Imam.
Bagaimanapun, jelas kasutnya telah mencuri perhatian dalam gambar tersebut berbanding beliau mahupun tetamu jauhnya.
Penampilan KJ yang ‘remaja’ bagaimanapun mendapat respon positif netizen
yang rata-rata menyifatkan beliau sebagai berani bergaya sesuai dengan
portfolionya menjaga anak muda dan pembangunan sukan negara ini.
Sehingga
hari ini, gambar KJ berkasut Doc Marten sudah menerima lebih 26,000
Likes dan lebih 2,000 komen daripada pengguna laman sosial.
Harus diakui, KJ merupakan menteri yang dilihat menggunakan pendekatan popular dan setakat ini, caranya itu menjadi. -Mynewshub.cc