KLIA2: "Menteri Pengangkutan Wannabe" Cuba Cipta Fitnah Terbaru?

Mungkin terlalu kempunan mahukan jawatan Menteri Pengangkutan Malaysia, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa kadar cukai penumpang di di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dijangka akan naik dari 50% hingga 100%.

Kata pemimpin DAP yang suka memanipulasi angka sesuka hatinya itu, kadar caj cukai penumpang klia2 akan meningkat secara mendadak 100% bagi penerbangan antarabangsa dan 50% bagi penerbangan domestik.

Tony Pua dalam memberi alasan atas dakwaan itu berkata peningkatan kadar cukai penumpang itu kononnya disebabkan "kegagalan kerajaan" menampung kos operasi lapangan terbang tersebut yang terlalu tinggi.

"Mengikut daripada laporan suku tahunan pendapatan berakhir September lepas kejatuhan keuntungan berlaku.


"Amat jelas Malaysia Airports Berhad (MAHB) akan meminta pemohonan kadar kenaikan cukai penumpang dan kerajaan akan melaksanakannya atas tujuan menyelamatkan situasi tersebut," katanya pada sidang media di Parlimen yang dipetik dari Malaysian Insider.

"Aneh"nya, penyandang jawatan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai secepat kilat menafikan cerita dongeng Tony Pua itu kepada media sejurus diajukan soalan mengenainya.

"Tidak ada, siapa kata akan naik? Saya langsung tidak menerima apa-apa maklumat mengenai kenaikan tersebut," katanya menafikan satu lagi "siri fitnah" yang cuba dicetus oleh pemimpin DAP tersebut.

Rakyat di Pulau Pinang masih lagi mahu percaya pada pemimpin DAP? -Amir Hamzah/UtaraNews.com