Malas basuh pinggan? Mungkin masalah pinggan tidak terbasuh di rumah anda boleh selesai jika anda menggunakan sejenis pinggan yang boleh dimakan hasil ciptaan dua pereka Belgium, Helena Hoyois dan
Thibaut Gilquin
Menurut pereka tersebut, ilham tersebut tercetus selepas dia menjadi hos sebuah parti dan terlihat timbunan pinggan di singki dapur.
"Bagaimana jika kita boleh makan semua pinggan-pinggan itu?," kata Thibaut pada Helena ketika mereka sama-sama berada di parti tersebut.
Pada mulanya mereka hanya menganggap insiden itu hanyalah sekadar gurauan.
Namun, lama-kelamaan pasangan itu
mula mengambil serius idea tersebut dan cuba melakukan beberapa eskperimen yang lebih serius bagi
menghasilkan pinggan dari kepingan ubi kentang, air dan minyak.
Selepas kejayaan prototaip pertama, mereka akhirnya berjaya
menubuhkan sebuah syarikat ‘Do Eat’ yang mendapat sokongan kewangan
dari sebuah syarikat besar, Wallonia Creative, yang tertarik pada idea keratif dan
inovatif mereka.
Bagaimanapun, produk pinggan boleh dimakan ciptaan dua pereka tersebut masih belum menembusi pasaran di Malaysia dan masih belum teruji tentang status halal bagi kegunaan umat Islam.
Namun KedahNews.com percaya bahawa sekiranya hasil ciptaan kreatif tersebut disahkan hahal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), pastinya pinggan itu akan laris di Malaysia.
Kami juga yakin, golongan kaum hawa dan pihak yang berhajat mengadakan kenduri-kendara selepas ini pasti akan menggunakan pinggan boleh makan tersebut bagi menjimatkan tenaga dan masa di samping tidak perlu pening lagi memikirkan pinggan yang berlambak tidak terbasuh, kan? -KedahNews.com