SHAH ALAM - Padah mencuri duit tabung masjid, seorang juru dawai
elektrik dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret
Shah Alam semalam selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.
Keputusan itu dibuat oleh Majistret Ellyana Razali terhadap Mohammad Ridzuan Daud, 37.
Bapa kepada dua anak itu mencuri wang tabung berjumlah RM55 milik Masjid Al Bakri, Bukit Naga, Seksyen 32, dekat sini, jam 11 malam pada 17 Oktober lepas.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rustam Sanip mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.
Mahkamah memerintah hukuman tersebut bermula semalam.

Sumber: Sinar Harian