Sekeping gambar laporan polis yang mendakwa seorang lelaki telah menjadi mangsa rogol seorang wanita sedang viral tersebar di laman-laman sosial dan mencetus perdebatan hangat di kalangan pengguna.
Menurut laporan polis yang dibuat di Balai Polis Dang Wangi itu, lelaki berkenaan telah dirogol seorang wanita di Wangsa Maju pada Jumaat lepas.
Pengadu itu mendakwa pada kira-kira pukul 10.30 malam kejadian, dia bersama
rakannya sedang makan di sebuah restoran di sekitar Wangsa Maju sebelum dia
didatangi seorang wanita yang kemudiannya meminta dihantar pulang ke rumah.
Katanya, dia enggan menghantar wanita itu, namun bertukar fikian dan menghantarnya setelah dipaksa.
“Kemudian, saya bersetuju hantarnya ke rumah di Wangsa Delima 3, Wangsa Maju dengan kereta.
“Ketika sampai di hadapan rumahnya (ketika masih dalam
kereta), wanita itu telah peluk dan cium saya, saya menolak tetapi dia
tetap cium saya dengan ganas,” kata pengadu di dalam laporannya.
Menurut laporan itu lagi, wanita itu kemudian telah membuka seluarnya dan
seluar pengadu lalu naik ke atas lelaki itu sebelum memasukkan kemaluan
pengadu ke dalam kemaluannya.
“10 minit kemudian dia terus keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumahnya,” tulis pengadu.
Tidak dapat diketahui tentang sejauh mana kesahihan laporan polis berkenaan dan kami percaya pihak berkuasa sedang menyiasat kes "luar biasa" tersebut dengan teliti.
Bagaimana pun, laporan polis yang kini tersebar meluas itu menjadi perdebatan hangat di kalangan kaum lelaki dan wanita di mana masing-masing cuba mencetus spekulasi sendiri.
Ada yang mengatakan pengadu berbohong dalam laporan polis berkenaan dan agak mustahil jika lelaki itu tidak dapat mengelak dari "anu"nya dipegang dan dimasukkan oleh wanita itu ke dalam kemaluannya.
Selain itu, ada yang berpandangan bahawa pengadu itu kenal wanita tersebut secara peribadi dan tidak mungkin boleh berlaku hal luar biasa sebegitu.
Malah ada seorang pengguna laman sosial yang mengatakan bahawa lelaki
itu sengaja membuat laporan polis dirogol terlebih dahulu bagi mengelak wanita
berkenaan membuat dakwaan rogol ke atasnya sebagai melepaskan
tanggungjawab.
Kami tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Dalam keadaan dunia akhir zaman ini, makin banyak perkara-perkara pelik, aneh dan luar biasa berlaku hampir setiap hari.
Apa pula kata anda? Anda tahu kejadian sebenar atau lebih berminat mencetus spekulasi seperti yang lain? Wallahu'alam. -KedahNews.com