Seorang lelaki dari Kensington dihukum penjara tiga
bulan selepas bersalah membelasah isterinya serta seorang pemuda digelar
Ben 10.
Istilah Ben 10 digunakan merujuk kepada seseorang lelaki yang menjalin hubungan sulit dengan wanita yang jauh lebih berusia.
Di mahkamah, Roberto Mkandla, 28, dihadapkan dengan dua tuduhan menyerang dan mencederakan isterinya.
Dia mengaku salah atas kedua-dua tuduhan.
Ketika diberi peluang merayu, Mkandla berkata, dia kesal atas
perbuatannya sebelum ini dan meminta majistret memberi pertimbangan
wajar terhadap kesalahannya.
“Saya gagal menahan marah. Bayangkan apa yang anda rasa apabila
mendapati isteri anda bercanda dengan Ben 10 di rumah sendiri,” katanya.
Mkandla didakwa membelasah isterinya kira-kira pukul 10 malam pada 20 November lalu.
Isteri Mkandla, Nobukhosi Moyo, 28, dan kekasih sulitnya yang juga
rakan sekerja wanita terbabit, Kiffy Tshabalala, 23, dilaporkan semakin
pulih.