"Liverpool Tak Mahu Beli Pemain Baru Januari Ini" - Rodgers


LIVERPOOL tidak akan mendapatkan pemain baharu pada tingkap pemindahan Januari ini walaupun berdepan situasi buruk yang memerlukan perubahan, dedah pengendalinya, Brendan Rodgers.

Naib juara Liga Perdana Inggeris musim lalu itu telah membelanjakan sebanyak £113 juta pada awal musim ini, tetapi malangnya pemain baru gagal memberi manfaat kepada pasukan.

Sebaliknya, Rogers berpendapat skuadnya memerlukan satu semangat baharu supaya pasukan itu lebih segar dan bernafsu untuk menang khususnya ketka berhadapan Ludogorets dalam aksi Liga Juara-juara Eropah pada Khamis.

"Membeli pemain baharu bukan perkara yang menjadi tumpuan saya ketika ini. Malah ia juga bukan fokus pasukan.

"Apa yang penting kami perlu belajar daripada kesilapan dan mendapatkan keputusan yang lebih baik," jelas jurulatih berusia 41 tahun itu.

Tambahnya, pemain Liverpool memerlukan keyakinan yang tinggi untuk beraksi dengan lebih cemerlang.

"Kekalahan akan buat anda jadi lemah. Kita perlu berlajar daripadanya bukan mengalah.

"Tingkatkan keyakinan dahulu dan kemudian pemain akan beraksi dengan lebih baik. Itu yang sedang saya lakukan," luahnya. -mStar