M Nasir Terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Dari UUM, Kedah

"Sifu" muzik dalam industri hiburan tanahair, Datuk M.Nasir telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan Industri Kreatif dari Universiti Utara Malaysia (UUM), pagi tadi.

Berkongsi gambar di akaun laman sosial Facebook miliknya, M. Nasir turut ditemani isterinya, Datin Marlia Musa di majlis penganugerahan tersebut.

Menurut sumber, M. Nasir, 57, menerima ijazah kehormat tersebut sebagai menghargai sumbangan beliau dalam bidang muzik dan sebagai komposer muzik tanahair dengan pencapaian yang membanggakan selama 14 tahun berturut-turut.

KedahNews.com turut mengucapka tahniah buat "sifu" M.Nasir dan diharapkan akan meneruskan ciptaan karya-karya agungnya dalam bidang seni muzik tempatan negara. -KedahNews.com



m nasir2