KUALA LUMPUR - Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan perlembagaan sebagai tindakan mencabar hukum Allah SWT.
Beliau berkata, lelaki berpakaian seperti perempuan atau sebaliknya adalah salah satu perkara yang amat bertentangan dengan ajaran Islam justeru perlu disekat.
“Hadis Nabi SAW mengatakan lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki dilaknat oleh Allah SWT.
“Tindakan Mahkamah Rayuan itu boleh diibaratkan sebagai menghalalkan perkara yang haram dan akan menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Mahkamah Rayuan semalam mengisytiharkan peruntukan enakmen agama Islam Negeri Sembilan yang menghalang lelaki Islam yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh Hakim Datuk Mohd. Hishamuddin Mohd. Yunus yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Lim Yee Lan.
Tegas Harussani, perkara tersebut merupakan kehendak dan hukum agama Islam bukannya adat untuk mana-mana pihak sesuka hati membuat keputusan sama ada halal atau haram.
“Saya amat sedih, undang-undang diwujudkan bagi menjaga akhlak orang Islam untuk tidak melanggar hukum syarak yang ditetapkan agama malangnya sekarang seperti dihalalkan.
“Dengan keputusan yang dibuat, masyarakat khususnya orang Islam akan bebas melakukan dosa dan melanggar syarak Islam tanpa rasa takut. Jangan kita mengundang bala,” katanya.
Harussani turut menasihatkan orang ramai untuk memahami ilmu agama dengan lebih mendalam supaya setiap perbuatan tidak akan bercanggah dengan fahaman agama Islam.
“Saya harap orang ramai faham kehendak agama, belajar dan kenal Allah SWT serta hukum-hukumnya.
“Memang kita digalak menjadi liberal, tetapi liberal dalam soal pembangunan, jangan sampai kita mencabar tuhan dan mengubah hukum-Nya,” ujar beliau.
Sementara itu di Tanah Merah, Kelantan, Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yakob berkata, apabila ada individu mencabar undang-undang syariah dan berjaya mengetepikan keputusannya, tidak mustahil pesalah bagi kes seumpama itu di negeri lain akan turut melakukan perkara sama.
Sehubungan itu tegas beliau, sebelum membuat keputusan bagi kes tersebut, mana-mana pihak sepatutnya merujuk dan mendapatkan pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan terlebih dahulu bagi memastikan hukum Allah SWT dan kesucian agama Islam tidak diperlekehkan oleh sesiapa pun.
“Saya rasa pihak yang hendak membatalkan (Perkara 66 Enakmen Jenayah Syariah Undang-Undang Negeri Sembilan) perlu mendapatkan pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan sebab perkara berkaitan hukum Islam ini tidak boleh guna akal sangat, kena rujuk,” katanya. -Utusan