Man U Lega, Falcou Mula Cergas

falcao

RADAMEL FALCAO kelihatan teruja sebaik sahaja melangkah masuk ke padang ketika sesi latihan skuad Manchester United apabila dia disahkan pulih daripada kecederaan.

Penyerang Colombia itu memulakan kariernya di United dalam keadaan mengecewakan apabila dibelanggu kecederaan dan masalah kecergasan.

Bagaimanapun, pada awal minggu ini United mendedahkan gambar Falcao kembali menjalani latihan bersama rakan-rakannya.

falcao (2)
 
Kemunculan semula penyerang itu pasti memberikan harapan baru kepada bahagian serangan United yang tumpul akibat prestasi Robin Van Persie yang kurang memberangsangkan sejak akhir-akhir ini.

United kini memerlukan Falcao dan pemain lain yang mengalami kecederaan kerana mereka bakal mengharungi jadual padat pada bulan Disember. -mStar