"Mana Senjata Rahsia Harimau Malaya?"

KUALA LUMPUR – Mana pergi senjata Harimau Malaya untuk menewaskan Thailand?

Itu sindiran Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa ke atas jurulatih kebangsaan Dollah Salleh.

Beliau menyindir kerana kecewa skuad negara tewas 3-2 kepada Thailand dalam saingan peringkat kumpulan Piala Suzuki di Singapura petang semalam.

“Mana dia yang dikata ada senjata untuk menewaskan Thailand. Mana dia pemain yang diwar-warkan akan merobek gawang?,” sindir beliau melalui media sosial hari ini.

Annuar bagaimanapunberkata, pasukan negara tidak boleh mudah putus asa sebaliknya perlu menewaskan Singapura di laman mereka demi maruah bola sepak Malaysia.