"Masa Pecahkan, Dinding Tu Keluarkan Darah..!"

Bagi pengkaji dan penyelidik kejadian paranormal di Malaysia, nama Villa Nabila sememangnya tidak asing bagi mereka dan ia dianggap antara lokasi paling "keras" di kawasan Semenanjung.

Sebuah banglo lama yang terbiar, Villa Nabila yang telah laman tidak berpenghuni itu dikatakan mempunyai kisah seram tersendiri dan bangunan penuh misteri itu telah pun dirobohkan awal tahun ini.

Sebelum itu, terjadi satu insiden yang masih gagal dihuraikan dengan pandangan logik akal tentang kehilangan seorang pelajar lelaki di banglo berhantu yang terletak di Johor Bahru itu dan ia kekal misteri hingga kini.

Popular atau tidak tentang kisah mistik yang berlaku di Villa Nabila telah menggarap ilham kepada penggiat filem tempatan untuk menghasilkan sebuah cerita seram berdasarkan kejadian sebenar yang dilaporkan pernah terjadi di situ.


Menurut sumber, filem Villa Nabila dijangka bakal ditayangkan pada 15 Januari tahun hadapan dan akan diterbitkan oleh kerjasama di antara dua syarikat produksi, Viper Studios dan Skop Productions serta diarahkan oleh seorang lagi anak produser terkenal, Datuk Yusof Haslam, iaitu Syafiq Yusof.

Sejauh mana filem itu dapat mengupas kisah mistik yang berlaku di banglo tinggal tersebut, sama-sama kita tunggu tayangannya nanti.

Yang pastinya, sudah tentu ramai penggemar cerita-cerita paranormal tempatan yang tidak sabar untuk menonton garapan mistik Villa Dahlia yang menjadi teka-teki selama ini, kan?