Kehidupan seorang artis sememangnya sentiasa diperhati lagi-lagi
segala tingkah laku dan pergerakan sering menjadi topik hangat
peminatnya.
Terbaru, heboh pula kontroversi mengenai selebriti hangat ini yang
merupakan isteri kepada kenamaan terkenal iaitu Ketua Pegawai Eksekutif
Naza Kia, SM Nasarudin SM Nasimuddin.
Siapa lagi kalau bukan jelitawan, Marion Caunter. Rasanya tidak
keterlaluan kami katakan beliau mempunyai aura yang tersendiri
dan terbukti apabila beliau berjaya meletakkan namanya di persada
antarabangsa.
Jika ada yang mengikuti laman Instagram milik selebriti ini mesti
perasan beberapa gambar yang baru dimuat turun mendapat perbalahan
antara para peminatnya.
Gambar tersebut diambil saat beliau menyambut hari jadi rakannya menunjukkan mereka seolah-olah sedang berdoa.
Ianya berpunca mengenai sekeping gambar yang disalah tafsir pengikutnya hingga mendakwa bahawa posisi tangan Marion seakan-akan meniru cara orang bukan Islam berdoa.
Namun, ada peminatnya mendakwa posisi tangan
seperti itu tidak melambang apa-apa dan sama sekali tidak berkait dengan
mana-mana agama.
Hanya dengan melakukan posisi tangan sebegitu beliau teruk dihentam pengikutnya di laman sosial tersebut. Memang tidak patut!
Beliau yang merupakan saudara baru sepatutnya
ditegur dengan cara lembut tidaklah sampai berkasar sebegini jika benar
tingkah lakunya itu salah. Ye dak?
Sebenarnya, bak kata peminat-peminat Marion,
mungkin orang yang timbulkan isu ini hanya mencari populariti dan mahu
mencetuskan kontroversi bagi memburuk-burukkan Marion.
Alahai, sabarlah Marion yer! -Mynewshub.cc