ALOR SETAR - Pemilik rumah serta premis kedai di bandar raya ini
dinasihatkan agar segera menjelaskan bayaran cukai pintu agar tidak
dikenakan tindakan sitaan.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Datuk Mat Noh Ahmad berkata, bagi tahun ini MBAS telah menyita 824 pegangan kepada pemilik kediaman dan premis perniagaan kerana gagal membayar tunggakan cukai yang melibatkan jumlah RM1.9 juta.
"Sitaan ini dibuat atas sebab pemilik kediaman dan premis perniagaan gagal menjelaskan cukai pintu walaupun telah diberikan notis. Selain sitaan pegangan, kita turut mengadakan operasi angkat terhadap 12 pegangan yang melibatkan jumlah sebanyak RM43,000," katanya dalam sidang media di pejabat MBAS di sini, hari ini.
Mat Noh berkata, tindakan akan dikenakan kepada pemilik yang gagal membayar tunggakan selepas tempoh 14 hari notis sita dikeluarkan dan jika pemilik masih gagal untuk menyelesaikan bayaran, barang-barang mereka juga akan turut disita.
"Bagi pembayar yang enggan menjelaskan bayaran, mereka akan dikenakan tindakan tetapi sebelum itu pihak MBAS akan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan menghubungi pemilik bagi mengingatkan supaya membuat pembayaran.
"Kita juga turut memberi peluang kepada pemilik untuk datang berbincang sekiranya tidak mampu untuk membuat pembayaran secara langsai tetapi sekiranya pemilik masih gagal berbuat sedemikian kita akan ambil tindakan undang-undang," katanya.
Beliau berkata, bagi 2015 MBAS menyasarkan kutipan sebanyak RM26 juta diperoleh hasil kutipan cukai pintu bagi sepanjang tempoh satu tahun itu dan bagi membolehkan sasaran dicapai, MBAS akan memberikan insentif kepada pemilik yang membuat bayaran awal.
"Seperti tahun sebelum ini, kita akan beri insentif. Tahun lepas pemenang utama berjaya membawa pulang sebuah kereta tetapi tahun ini kita akan sediakan payung atas permintaan orang ramai.
"Kita akan sediakan 5,000 unit payung kepada pembayar awal jadi pemilik boleh membuat pembayaran mulai 1 Jan tahun depan dan kita akan keluarkan bil cukai pintu sebelum 20 Dis ini," katanya.
Katanya, bayaran boleh dibuat secara 'online' di pejabat pos, bank dan mesin kiosk yang disediakan di pejabat MBAS dan kaunter bergerak yang terdapat di pasar raya Tesco Mergong, Taman Bersatu dan beberapa tempat lain. - Bernama