Memperkenalkan: "The Magneto Debab Junior"...Hebat!

ad_152277805
Siapa sangka, seorang kanak-kanak miliki satu keistimewaan selepas dirinya hampir menemui ajal kerana terkena renjatan elektrik.

Ketika pulang dari sekolah, Nikolai Kryaglyachenko yang berusia 12 tahun menghadapi detik menakutkan apabila terjatuh di atas satu tiang lampu yang rosak mengakibatkannya terkena renjatan sehingga melambung ke kaki lima berdekatan.

Setelah tersedar keesokan harinya, Nikolai menyedari sekeping duit syiling yang berada di atas katil, melekat pada tubuhnya.

ad_152268020

Ya, keistimewaannya persis satu watak antagonis dalam siri Marvel popular, X-Men, iaitu Magneto yang mampu menarik bahan berasaskan besi.

“Saya mampu melakukan perkara tidak mampu dilakukan sebelum ini namun tidak mampu mengawalnya. Walaupun saya tidak mahu melakukannya, saya tetap akan menarik barangan besi untuk melekap di tubuh saya. Pernah satu ketika, saya menarik gelas,” ujar Nikolai.

Agak lucu mendengarnya namun Nikolai kini mengakui telah menukar cita-cita menjadi ahli bomba kepada adiwira seperti dalam filem.

Dia juga mendakwa mampu untuk berkongsi kelebihan yang dimilikinya dengan individu lain selain mampu menukar mereka menjadi ‘magnet’, sepertinya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sumber: Mynewshub.cc