Miley Cyrus, Anak "Terminator" Beraksi Panas Di Khalayak Ramai

Miley Cyrus
Walaupun ramai yang mendakwa penyanyi terkenal, Miley Cyrus dan anak bujang bintang "terminator" Arnold Schwarzenegger, Patrick Schwarzenegger bercinta dan menjalin hubungan hati, namun tiada siapa yang mampu mengesahkan perkara tersebut.

Namun baru-baru ini desas-desus yang menjadi teka-teki itu seolah terjawab meskipun tanpa pengakuan lisan dan hanya terbukti melalui aksi panas di khalayak ramai.

Tanpa bersuara, pasangan muda itu secara terbuka mempamerkan kepada umum bahawa mereka sedang hangat bercinta melalui ciuman ketika menghadiri satu perlawanan American football, baru-baru ini.

Menerusi rakaman gambar "paparazzi", bintang pop berusia 22 tahun itu bercium dengan kekasihnya sambil Patrick mengambil gambar selfie mereka berdua.

Sebelum ini, Miley sering mengelak ketika ditanya mengenai kesahihan kisah cinta mereka namun nampaknya perlakukan mereka itu seperti mengiakan perhubungan cinta yang semakin mekar di antara mereka.
 
miley1
miley2

Sebelum Patrick, Miley dilaporkan bercinta dengan bintang gandingannya dalam filem The Last Song, Liam Hemsworth dan mereka bertunang pada Jun 2012 namun hubungan mereka secara rasminya putus pada September tahun lalu. 

Harapnya tiada siapa pun di Malaysia ini yang tergamak "buat gila" untuk membuktikan cinta mereka sebagaimana pasangan selebriti terkenal ini. 

Mungkin aksi pasangan muda itu tidak memberi sebarang kesan pada ibu bapa mereka, namun kami pasti ibu bapa kita pasti malu besar jika anak mereka beraksi panas begitu apatah lagi dipamerkan di khalayak ramai ketika menyaksikan perlawannan bola sepak Piala Malaysia, kan? - KedahNews.com