Ahok |
Jakarta - Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama berkata, dia bersyukur kerana tidak menjadi menteri di era Presiden Jokowi.
Alasan gabenor yang mesra dipanggil Ahok itu, dia tidak mampu menahan lapar.
Ketika mewawancara Megawati Soekarnoputri di acara Mata Najwa kelmarin, Ahok berkata, dia jarang melihat Jokowi berasa lapar.
“Justeru anggota Kabinet Kerja Jokowi juga terkena kesannya dan mereka perlu bekerja dan melupakan makanan,” katanya.
Secara bergurau, Ahok mencadangkan Megawati menasihati Jokowi supaya mengasihani menterinya yang tidak biasa menahan lapar.
Jokowi yang memang ada di studio kelihatan tertawa mendengar ucapan bekas pembantunya ketika dia menjawat tugas sebagai Gabenor Jakarta.
Menjawab kenyataan itu, Megawati berkata, Jokowi sudah menegaskan bahawa menteri yang dipilih perlu gigih bekerja.
“Saya fikir itu memang bagus dan menteri kami boleh mengurangkan pengambilan makanan,” katanya.
Ahok kemudian membalas: “Ada tiga kata tambahan lagi, iaitu puasa puasa puasa. Mujur saya tidak diajak jadi menteri.” katanya. -Agensi