Nabil Menggigil Peluk Isteri Yusri KRU Yang Cun Tu...

Nabil cukup terkenal dengan aksi lucunya yang sentiasa mengundang tawa. Lihat sahajalah bakatnya yang mampu menjuarai Raja Lawak musim kedua.

Hah, kali ini Nabil bakal memberi sesuatu kelainan kepada para peminatnya iaitu buat pertama kalinya akan membawakan watak serius dalam lakonannya.

Lebih menarik lakonan tersebut membabitkan adegan romantis dengan aktres wanita terkenal juga. Apa lagi, gementar la jadinya si Nabil ini bila diminta bergandingan dengan aktres jelita ini.

Nabil bakal bergandingan dengan aktres wanita, Lisa Surihani dalam edisi istimewa super telefilem Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris. Pengambaran mereka juga dijalankan di kota paling romantis taw iaitu di Paris.

Mula-mula fikir, memang syok habislah Nabil kan, sudahlah dapat pergi ke Paris bersama Lisa Surihani malah dapat berlakon adegan-adegan romantis pula. Tetapi dengar-dengarnya sampai menggigil-gigil Nabil, apa kesnya ye?

Rupa-rupanya, si Nabil ni menggigil-gigil jadinya bila diminta melakukan adegan berpelukkan bersama pelakon hebat, Lisa Surihani.

“Susah sangat bawa watak romantik terutama sekali bila bergandingan dengan pelakon hebat seperti Lisa Surihani. Dia sentiasa memberi lakonan terbaik tetapi saya pula kelu dan malah tangan saya menggigil bila ada adegan berpelukkan,” ujar Nabil kepada mStar Online.

Bagaimanapun, pelawak ini akui terpaksa menolak banyak tawaran yang mahukan dirinya membawakan watak serius dan air mata namun menerima tawaran telefilem ini kerana dalam masa yang sama beliau berkesempatan bercuti di kota romantis tersebut.

“Tahun ini sahaja ada empat atau lima drama yang memerlukan saya bawa watak air mata yang saya tolak. Saya terima sebab dapat bercuti di Paris, produksi mengaturkan jadual penggambaran dan mencari hos gantian untuk rancangan Meletop (siaran Astro Ria),” tambah Nabil.

Jadi, sesiapa yang ingin melihat watak yang jauh berbeza daripada imej Nabil sebelum ini pastikan anda menonton super telefilem Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris yang bakal bersiaran bermula 20 November ini di Astro First Eksklusif (Saluran 480).
Sumber: Mynewshub.cc