Nak Buli Sangat? Cuba Buli Budak Ni...

Ramai masyarakat di Malaysia risau dan marah dengan beberapa rakaman buli pelajar yang terpapar di laman-laman sosial sejak kebelakangan ini.

Malah pihak berkuasa turut menggiatkan gerakan mengesan pelajar-pelajar biadap yang terlibat dalam kes-kes buli yang dilaporkan kepada mereka.

Namun, kesempatan di sebalik kekecohan kes buli yang mencetus kemarahan rakyat Malaysia itu telah memberikan idea kepada sekumpulan anak muda yang dipercayai masih berstatus pelajar untuk menghasilkan sebuah filem pendek yang agak menarik.

Lebih membanggakan, di sebalik video berkenaan, terselit mesej yang baik menjelaskan betapa bagusnya pengisian slot ko-kurikulum yang diperkenal oleh sistem pendidikan negara sejak tahun 1980'an lagi.

Sekiranya dititik berat slot ko-kurikulum, khususnya bidang seni mempertahan diri sama ada silat, taekwondo, judo, karate, kalaripayat dan sebagainya, mungkin sedikit sebanyak ia mampu membantu golongan pelajar yang menjadi mangsa buli.

Cuma, jangan pula sudah mahir dengan seni bela diri, ilmu berkenaan digunakan untuk membuli pelajar lain pula, bukan?

Mungkin sebab itu pengisian akhlak, moral dan pemahaman nilai murni yang diterapkan dalam pendidikan Islam diterapkan bersama di dalam diri generasi muda di zaman ini.

Berikut adalah video yang dihasilkan para pelajar berkenaan. Tahniah dari KedahNews.com kepada kumpulan Fusion Malaysia atas penghasilan video berkenaan.