Nak Kahwin? Ini 7 Tips Pilih Cincin...

Aktiviti pada bulan November dan Disember setiap tahun kebiasaannya akan padat dan penuh dengan menghadiri undangan majlis perkahwinan sanak-saudara dan rakan taulan.

Buat pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga, tahniah diucapkan dan selamat melangkah ke satu fasa hidup yang baru bersama pasangan masing-masing.

Antara persiapan yang perlu diberi perhatian bakal raja sehari adalah pemilihan cincin yang sesuai untuk hari penyatuan dua jiwa.

Di bawah kami kongsikan tip-tip dan panduan untuk memilih cincin perkahwinan yang ideal untuk hari bahagia anda.

1. Cincin belah rotan yang lebar dan bercorak membuatkan jari anda kelihatan lebih pendek. Seeloknya pilih cincin gelung halus kecil agar jari nampak lebih runcing.

2. Lebih menarik, pakai hanya satu cincin di jari manis pada sebelah tangan pada satu masa. Paling banyak dua cincin pada sebelah tangan sahaja supaya penampilan kelihatan kemas dan anggun.

3. Pilih reka bentuk cincin yang mudah untuk disuai padan dengan barang kemas yang ada dalam simpanan.

4. Perbezaan antara cincin buatan tangan dengan buatan mesin adalah harganya. Buatan tangan lebih mahal namun boleh diubahsuai tanpa menjejaskan rekaan, manakala sebarang ubahsuai pada cincin buatan mesin boleh dilihat jelas, namun ia lebih berkilat dan kemasannya juga lebih cantik.

5. Set barang kemas bertatah batu permata lebih sesuai untuk majlis pertunangan sementara set barang kemas bertatah berlian adalah untuk majlis pernikahan.

6. Wanita berkulit hitam manis lebih menawan memakai warna emas yang agak pudar (matte) dan koleksi emas berona merah jambu.

matte

7. Kulit sawo matang pula lebih terserlah dengan emas putih dan emas kemerah-merahan. Yang berkulit gelap lebih anggun dengan barang kemas rona emas kuning.


ring2 ring1
ring3 ring4




Sumber: majalah Eternity