Pelakon Nora Danish berkongsi cerita mengenai anak tunggalnya, Putra
Rayqal Ramli yang menyatakan hasratnya mahukan adik selain meminta
ibunya bertambah berat badan dan tidak perlu berdiet.
“Dia ada suruh saya melahirkan seorang bayi, katanya dia mahu
adik dan suruh saya gemuk dan tak perlu diet,” kata Nora menceritakan
mengenai gelagat anaknya yang kini sudah berusia lima tahun.
Nora turut mengatakan anaknya itu sudah pun dihantar belajar ke
sebuah sekolah antarabangsa dan memasuki darjah satu walaupun Rayqal
baharu sahaja berusia lima tahun.
“Rayqal masuk sekolah antarabangsa darjah 1. Mula-mula itu saya agak
cuak kerana terlalu awal walaupun usianya baru sahaja lima tahun.
“Tetapi tidak menjadi masalah untuk saya kerana apa yang diberikan
oleh sekolah tersebut satu diari untuk ibu bapa memantau prestasi
anak-anak setiap hari,” katanya memetik portal Rotikaya.
Dalam pada itu, rezeki pelakon berusia 32 ini juga semakin bertambah
apabila dia baharu sahaja dilantik menjadi duta produk penjagaan wajah
terkenal, Safi Rania Gold menggantikan Rozita Che Wan.
Nampaknya kalau dilihat daripada rezeki yang mencurah-curah, tak ada
sebab untuk Nora menunda pernikahan bersama teman lelakinya, Nedim kan.
Lagi pun Rayqal dah minta adik tu.. nampaknya selagi mamanya tak
kahwin terpaksalah dia menumpang kasih ‘adik baru’ Puteri Raysha Jemaima
dulu. -Mynewshub.cc