GUA MUSANG - Lebih 3,000 penduduk Orang Asli yang tinggal di pedalaman
Hulu Kelantan di sini, merayu kepada kerajaan agar Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) dibayar secara tunai.
Ketua Kampung Pos Tuel, Halim Sharif berkata ini kerana pembayaran BR1M menerusi akaun bank akan menyusahkan mereka sehingga terpaksa menyewa kenderaan pacuan empat roda dengan kos perbelanjaan yang tinggi untuk ke bank.
Beliau berkata bayaran yang akan dibuat sebanyak tiga kali pada Januari, Mei dan September tahun depan menyusahkan kerana terpaksa keluar ke bandar lebih kerap bagi menunaikan baucar tersebut.
"Sebelum ini ada yang terpaksa bermalam di bandar ini untuk mengambil BR1M kerana terpaksa melalui perjalanan sehari suntuk untuk sampai ke bandar.
"Kalau mereka tinggal berhampiran bandar tidaklah menimbulkan masalah sangat kerana sekurang-kurangnya mereka boleh menunggang motosikal atau menumpang kenderaan jiran," katanya.
Seorang penduduk, Halim Bonggeng, 48, berkata beliau mencadangkan agar bayaran itu dibuat melalui jabatan atau agensi kerajaan khususnya Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).
Adai Alang, 60, berkata mereka terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk mendapatkan bantuan itu disebabkan mereka tinggal jauh dari bandar ini.
"Keadaan yang paling mencemaskan jika berlaku kerosakan pada motosikal kami di tengah-tengah hutan semata-mata untuk mengambil bantuan itu," katanya.
Ketika membentangkan Bajet 2015 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan bantuan itu daripada RM650 kepada RM950 untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, yang akan dibayar secara ansuran sebanyak tiga kali.
Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,000 dan RM4,000, kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M daripada RM450 kepada RM750 yang juga dibayar tiga kali setahun.
Untuk individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan, akan menerima kenaikan BR1M daripada RM300 kepada RM350. - Bernama