YAN – Seorang warga emas di Kampung Tualang, Bukit Besar, di sini,
mempunyai hobi pelik kerana gemar menyimpan tulang-tulang binatang,
selain barangan antik.
Dianggarkan lebih 20 koleksi unik itu digantung di kedai runcitnya yang terkenal dengan S14 Hijau Kuning, di sini.
Ismail Awang Saud, 60, atau lebih dikenali sebagai Pak Teh dalam kalangan masyarakat setempat mengakui mula meminati hobi berkenaan sejak usia muda.

Menurutnya, hobi mengumpul barangan antik pula bermula apabila beliau
suka membeli barangan murah dan unik dari Kompleks Padang Besar, Perlis.
Hobinya itu bagaimanapun bertukar kepada mengumpul barangan antik apabila mendapati banyak barang yang jarang ditemui dan berusia lebih tua, dijual di situ.
Antara barangan antik paling berharga ialah sebilah pedang yang didakwa berusia ratusan tahun yang dimilikinya pada tahun 1990.
Selain itu, beliau juga menyimpan ketulan tulang ikan paus yang selalu mendapat perhatian ramai yang berminat untuk membelinya.
“Pernah juga ada individu menawarkan harga lumayan untuk membeli ketulan tulang ikan paus itu, tetapi saya tidak akan menjualnya.
“Pada saya, barang-barang ini amat berharga dan tidak ternilai untuk dijual,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, tulang ikan paus itu mempunyai khasiat tersendiri apabila boleh dijadikan sebagai ubat sakit urat.
“Saya dapat tulang ikan paus ini ketika ia terdampar di persisiran Sungai Limau pada tahun 1990,” katanya.
Beliau turut menyimpan tulang kerbau dan kulit kerbau balar yang sering digunakan untuk membuat gedang raya.
Menyedari keunikan hobinya itu, beliau telah dihadiahkan seketul tulang paha yang dipercayai milik seekor gajah berusia lebih 50 tahun.
Hadiah itu diberikan oleh seorang rakannya sempena ulang tahun kelahirannya ke-60 pada 21 April lalu.
“Saya difahamkan tulang gajah ini diambil dari satu perkampungan dekat Nami. Walau bagaimanapun, saya tidak akan menjual tulang ini dan akan menyimpannya sebagai koleksi baharu,” katanya. -Sinar Harian