Informasi ini pastinya digemari oleh pengembara tegar dari Malaysia.
Tahukah anda, pasport negara kita tersenarai dalam carta 10 pasport ‘paling berkuasa’ dan diingini seluruh dunia.
Dalam erti kata lain, pemegang pasport negara ini dapat berjimat
banyak wang dan segala urusan bagi melancong di serata dunia tidak sukar
dilakukan.
Menurut laman web Irish Around Oz, carta ini dinilai berdasarkan
kebebasan melancong yang dikecapi oleh sesebuah negara, sebagaimana
disiarkan di link ini.
Untuk makluman anda, kebebasan pasport paling tinggi adalah milik
negara United Kingdom, Finland dan Sweden. Di mana ketiga-tiga negara
ini menikmati kebebasan melancong di sebanyak 173 negara tanpa
menggunakan visa.
Manakala, negara kita Malaysia dan Malta menduduki carta ke-9 dengan kebebasan melancong ke 163 negara tanpa visa.
Wah, menarik bukan?
Negara yang menduduki carta sebagai negara paling ‘tidak bebas’
melancong adalah Afghanistan, di mana pemegang pasport negara tersebut
hanya boleh melancong ke 28 negara sahaja tanpa menggunakan visa.
Apa lagi rakyat Malaysia, cepat-cepat kumpul wang dan berseronoklah melancong ke seluruh pelusuk dunia.
Sumber: Mynewshub.cc