(Gambar Hiasan) |
Difahamkan, dia yang dipercayai bekerja sebagai kontraktor elektrik
ditahan dalam sekatan jalan raya ketika dalam perjalanan menuju ke
tempat kerja dekat pekan Kuala Kedah, di sini.
Ketika ditahan, botol berisi air ketum itu ditemui dalam lori dibawa
pemuda berkenaan, manakala alasan diberikan adalah ia digunakan sebagai
minuman pemulihan tenaga dan menghilangkan keletihan.
Timbalan Ketua Operasi Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan
Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Asisten
Komisioner Noor Mushar Mohd berkata, pemuda berkenaan antara 24 suspek
ditahan atas kesalahan narkotik.
“Kebanyakan penagih ditahan di Tok Pasai, Pekan Kuala Kedah dan pesisir sungai berhampiran Kuala Kedah,” katanya di Balai Polis Kuala Kedah, dekat sini, semalam.
“Kebanyakan penagih ditahan di Tok Pasai, Pekan Kuala Kedah dan pesisir sungai berhampiran Kuala Kedah,” katanya di Balai Polis Kuala Kedah, dekat sini, semalam.
Dalam operasi yang bermula jam 9.30 pagi hingga 3 petang ini, katanya,
sembilan pendatang asing tanpa izin (Pati) membabitkan lapan warga asing
dari Myanmar, manakala selebihnya daripada Bangladesh ditahan.
Sementara itu, Mushar berkata, sebanyak 74 saman atas pelbagai
kesalahan trafik turut dikeluarkan melalui sekatan jalan dilakukan
bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Agensi terlibat dalam operasi itu adalah Majlis Bandaraya Alor Setar
(MBAS), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Imigresen,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN).
Katanya, operasi bersepadu sekitar Alor Setar dan Kuala Kedah itu membabitkan 27 pegawai dan 189 kakitangan semua jabatan terlibat dilakukan bagi mencegah perlakuan jenayah menjelang musim cuti sekolah ini.
Menurutnya, anggota polis akan digerakkan ke kawasan panas mulai bulan ini sehingga hujung tahun ekoran faktor peningkatan kejadian jenayah musim cuti sekolah, sekali gus mengurangkan kadar jenayah di Kedah.

Sumber: Sinar Harian