RAMALLAH – Penceroboh Israel yang menduduki bumi Palestin malam tadi
membakar sebuah masjid berhampiran Ramallah di Tebing Barat, kata
pegawai keselamatan Palestin.
“Golongan pendudukan itu membakar keseluruhan tingkat satu masjid
berkenaan di kawasan Al-Mughayir dekat kawasan penempatan Shilo,” kata
seorang pegawai keselamatan.
Sebuah masjid lain di kawasan sama juga dibakar pada 2012.
Semalam, askar rejim Zionis itu menembak mati seorang penunjuk perasaan Palestin dalam pertempuran di Tebing Barat.
Sejak keganasan terbaru ini bermula lima bulan lalu,
sekurang-kurangnya 17 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh di Tebing
Barat. – AFP