Serbia – Seorang penyampai berita sebuah televisyen, Katarina
Sreckovic, 25, hampir kehilangan kerjanya sebagai wartawan sukan
disebabkan rupa yang menawan dan seksi.
Semuanya gara-gara kecantikannya itu menganggu tumpuan pemain bola
sepak pasukan Red Star ketika mereka menjawab soalan yang dikemukakan
oleh Sreckovic.
Sreckovic berkhidmat dengan sebuah stesen TV khas untuk pasukan Red Star.
Keadaan itu menyebabkan majikannya kurang senang kerana pemain yang
ditemubual oleh Sreckovic tidak dapat menjawab soalan yang diberinya
dengan baik disebabkan mereka terganggu dengan kecantikannya.
“Saya mengaku pada mulanya ia merupakan satu masalah namun kini
mereka sudah biasa dengan saya. Pada mulanya saya sangkakan mereka tidak
dapat memberikan kerjasama langsung pada saya.
“Saya juga diminta beberapa kali keluar dari padang dan menerima
aduan daripada pemain bahawa saya mengganggu tumpuan mereka,’’ katanya
yang mempunyai ijazah dalam falsafah dan bahasa Cina.
Bagaimanapun Sreckovic berkata dia berjaya mengatasinya dan pemain Red Star juga kini sudah biasa dengan kehadirannya. -Agensi