Seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah sekolah
meninggal dunia akibat terkena panahan petir ketika berada di pintu
pagar sekolah berkenaan di Pasir Gudang, Johor Bahru, semalam.
Mangsa dipanah petir kira-kira pukul 3.15 petang dan maut di tempat kejadian.
Menurut laporan Harian Metro, panahan petir itu terkena tepat di tubuhnya ketika cuaca mendung.
Laporan itu memetik sumber yang berkata mangsa, yang berasal dari
Sabah sedang membuka pintu pagar sekolah bagi memberi laluan kepada
kereta seorang guru yang pulang selepas tamat sesi persekolahan semalam.
Mangsa tiba-tiba rebah sebelum didapati telah pun meninggal dunia.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Supritendan Norazam
Shaari mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati
mengejut.
Mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk tindakan lanjut.
Sumber: Mynewshub.cc