Penjenayah Web Porno Cari Pasal Lagi Di Luar Negara

Umum mengenali Alvin Tan yang ditahan beberapa bulan lalu akibat penghinaannya kepada umat Islam melalui muat turun satu gambar tentang berbuka puasa dengan Bak Kut Teh (hidangan berasaskan khinzir).

Namun, ia tidak menghalang lelaki ini dari meneruskan misinya melakukan provokasi dan mencetuskan isu. Jika sebelum ini dia mengutuk kerajaan kerana belum berjaya mengambil tindakan terhadapnya, kini dia hadir dengan isu baru.

Melalui ‘posting’ terkini di laman Facebooknya, dia menulis pula tentang isu pemakaian kostum berupa uniform pramugari MAS yang menjadi buah mulut ramai akibat ia tidak sensitif.

alvin-fb-M

Bagai mencurah api ke minyak, dia menganggap isu tersebut sebagai sesuatu yang kelakar dan tindakan tidak bertamadun pihak berkenaan sebagai kreatif!

Gambar pemakaian tersebut menjadi viral di Internet apabila beberapa individu di luar negara memakai pakaian yang mengaitkan tragedi kapal terbang MAS, MH17 yang terhempas di Ukraine.

Melalui ruangan komen pula, dia mengaitkan isu tersebut dengan kesnya yang terdahulu bersama bekas teman wanitanya, Vivian Lee.

“… Banyak pihak tampil dan berkata kepada saya yang gurauan tentang Bak Ku Teh pada bulan Ramadan itu sesuatu yang kelakar, termasuk beberapa orang Islam.”

“Tidak semestinya jika golongan minoriti yang lantang bersuara, maka golongan majoriti yang diam, peduli tentang isu ini. Orang Malaysia perlu membezakan antara tak kelakar dan menghina.”

Dia kini telah melarikan diri ke Amerika Syarikat bagi memohon suaka politik di sana.
Sumber: Mynewshub.cc