BAGI yang menyaksikan siaran langsung Anugerah Skrin 2014 semalam
pastinya terhibur dengan beberapa persembahan menarik yang
dipersembahkan oleh barisan artis popular tanah air.
Yang pastinya persembahan Stacy lari daripada kebiasaan apabila
penyanyi lincah ini menyahut cabaran menyanyikan lagu ‘berhantu’ Datuk
Siti Nurhaliza, Cindai.
Boleh dikatakan Stacy berjaya membawakan lagu tersebut dengan gayanya yang tersendiri.
Tapi, rupa-rupanya penulis lirik Cindai, Hairul Anuar Harun ada
menyatakan kekesalannya dengan persembahan Stacy yang dikatakan sesuka
hati mengubah lirik.
Hairul Anuar Harun |
Bila diamati semula memang ada di beberapa bahagian, Stacy mengubah
lirik, mungkin penyanyi kelahiran Sabah itu pun tak menyedari
kesilapannya kerana dia kerap kali mengulang lirik yang salah terbabit.
Lirik sepatutnya ialah “Hendaklah hendak hendak ku rasa”,
tapi Stacy menyanyikannya dengan versi “Hendaklah hendak hendak ku
daya”.
Hairul menyatakan kekesalan apabila karyanya yang sudah hampir
mencecah usia 16 tahun itu seolah-olah diperlekehkan dan menganggap
Stacy hanya mengambil mudah ketika menyampaikan lagu tersebut.
Kemarahan Hairul dapat dikesan daripada status Facebook yang agak
pedas berbunyi, “hahaha.. cindai dah jadi cib*i.. lirik ikut sedap mulut
kau je.. lantak korang la..”
Mungkin selepas ini Stacy perlu lebih berhati-hati dan buat lebih
banyak ‘homework’ sebelum menyanyikan lagu artis lain agar kesilapan
sebegini tidak berulang kembali.