Penyerang Cardiff City Sarung Jersi Kedah? #HijauKuning #KedahSerataRata @MediaKFA

Ketika Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Exco Belia dan Sukan, Aminuddin Omar, Pengurus dan Jurulatih pasukan bola sepak kebanggaan negeri Kedah, timbul desas-desus mengenai pengambilan pemain import bagi skuad Lang Merah itu bagi musim depan.

Menerusi beberapa sumber dalaman yang KedahNews.com peroleh baru-baru ini, terdapat ura-ura untuk KFA menggunakan khidmat seorang pemain di posisi penyerang dari Liga Inggeris, Cardiff City.

Menurut sumber berkenaan, KFA sedang "merisik" sama ada pemain itu sesuai untuk dibawa ke Kedah bagi menyarung jersi Hijau Kuning bagi membantu jentera serangan musim baru nanti.

Bagaimanapun, sumber tersebut tidak dapat mengenal pasti penyerang manakah yang sedang diintai KFA.

Sekiranya benar spekulasi yang sedang hangat diperkata di kalangan sumber-sumber dalaman ini, siapakah gerangan penyerang yang bakal bergandingan dengan Baddrol Bakhtiar nanti?

Cardiff City memiliki 7 orang pemain posisi menyerang dan siapakah yang sedang diintai KFA agaknya untuk "dipancing" dan memperkuat skuad Hijau Kuning?

Berikut adalah senarai penyerang Cardiff City yang terkini: