Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof berkata dalam tempoh tiga minggu ini, anggotanya menerusi operasi yang dijalankan berjaya melakukan beberapa tangkapan walaupun agak rendah iaitu hanya dua peratus.
"Walaupun hasil tangkapan hanya dua peratus ia bukannya satu kegagalan kepada pihak polis tetapi ini menunjukkan bahawa banyak premis yang telah ditutup berikutan takut akan diserbu.
"Mereka tutup kedai kerana tahu polis sentisa pantau kegiatan judi ini tetapi sekiranya mereka masih berani menjalankan operasi di premis-premis mereka, kita tidak akan memberi peluang langsung," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, Khamis.
"Bagi mesin judi pula sebanyak 597 serbuan dilakukan yang melibatkan sembilan kejayaan," katanya.
Sementara itu, Zakaria berkata seramai 1,732 anggota polis di seluruh Kedah telah dikumpulkan bagi membantu kemungkinan operasi musim banjir kali ini.
"Kita telah buat persiapan rapi untuk menghadapi banjir yang berlaku dan seramai 1,732 anggota telah pun dikumpulkan.
" Selain itu, kita juga telah menyediakan sebanyak 23 buah bot penyelamat, 274 jaket keselamatan, lori, khemah dan generator bagi memberi bantuan menyelamat," katanya. -mStar