Rasa-rasanya semua wanita akan lari lintang pukang apabila melihat buaya ganas akibat ketakutan bakal menjadi mangsa.
Lain pula kisah wanita, hingga sanggup pula mengadaikan nyawa demi teman lelaki tercinta.
Nasib baiklah ianya hanya merupakan prank semata-mata oleh dua orang lelaki yang mahu pedajal teman wanita mereka.
Jom kita tengok prank mereka ini….
Sebenarnya Prank yang dilakukan ini dilihat agak kejam kerana melibatkan soal nyawa diri sendiri.
Iyelah, buatnya buaya betul-betul muncul, acane?
Lagi-lagi sungai
tersebut didakwa memang berbahaya dengan kewujudan binatang reptilia
tersebut.
Takut jugak menonton prank ini seolah-olah terbayang adegan seperti filem Final Destination terjadi.
Kesian dua wanita tersebut, sedang enak-enak dibuai mimpi secara tiba-tiba orang tersayang menjerit-jerit meminta tolong.
Apa lagi, mengelupur la diri jadinya kan?
Memang beranilah salah seorang wanita tersebut, hingga sanggup memasuki kawasan sungai itu demi menyelamatkan teman lelakinya.
Seperti sudah dijangka, siapalah yang tidak marahkan orang tersayang bergurau seteruk itu kan!
Sumber: Mynewshub.cc